5 TIPS CARA MENJAGA KULIT MUKA DARI JERAWAT DAN NAMPAK AWET MUDA

by - Friday, July 20, 2018

Tips-tips ni termasuklah untuk mengelakkan kedutan, garis garis halus mahupun jeragat sebelum usia 30an. Siapa yang tak risau kan?


  • ELAK TERDEDAH DI BAWAH MENTARI SELEPAS 10 PAGI

Susah kita nak elakkan diri dari keluar rumah tanpa payung kan? Cara paling baik adalah memakai losyen pelindung UV SPF 15 dan ke atas semasa keluar rumah bagi mengelakkan kulit terdedah secara langsung dengan sinaran matahari dan juga memakai cermin mata hitam. Ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan mata dari sinaran UV yang membahayakan fungsi mata.

Antara kesan terdedah lama di bawah sinaran matahari adalah : 

* Kulit mudah berkedut, kasar dan bertompok
* Kanser kulit
* Sunburn
* Kerosakan mata

Jadi, untuk mengelakkan kulit mudah rosak dan penuaan mula muncul, elakkan terdedah lama di bawah sinaran matahari. Nak awet muda, haruslah elakkan radiasi kan?

  • PILIH TEH HIJAU UNTUK CANTIK

Yang ni saya suka. Memang favourite untuk minum teh hijau sebab rasanya lebih ringan berbanding teh biasa yang terjual di pasaran tu. Dalam banyak-banyak teh hijau, saya paling suka 1 jenama sahaja yang menjadi long time favourite tea sebab kandungan didalamnya dah meliputi teh hijau, teh Rooibos, teh putih dan teh merah. Memang best!

Dikatakan antioksidan di dalam teh hijau paling kuat untuk menangkis radikal bebas yang mampu mempercepatkan penuaan kulit. Banyak kajian klinikal dah membuktikan bahawa teh hijau sememangnya bagus untuk kulit disebabkan ia mempunyai bahan utama Polyphenol iaitu Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang mempunyai sifat anti-radang dan anti-kanser seperti kanser kulit.

Banyak sebenarnya kebaikan teh hijau ni selain untuk kecantikan. Ia dikatakan dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi serta membantu paras gula dalam darah. Selain tu, ia juga membantu mencegah sesetengah penyakit barah, menguatkan imunisasi badan, menurunkan paras kolestol jahat, mengelakkan osteoporosis dan mempercepatkan pembakaran lemak!

Nak kurus,sihat dan cantik dalam masa yang sama? Pilihlah teh Hijau! 

  • MAKAN MAKANAN YANG BERWARNA MERAH SEMULAJADI

Lycopene ni merupakan antioksidan yang kuat untuk menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Radikal bebas juga dapat menyebabkan penyakit kritikal seperti penyakit jantung, alzheimer, kanser termasuklah penuaan kulit dengan cepat. 

Wonder chemical found in tomatoes
kredit Daily Mail
Terdapat kajian membuktikan lycopene dapat memperbaiki tekstur kulit menjadi lebih cantik. Best kan?

Antara sumber lycopene yang mampu mencantikkan kulit adalah tomato, lobak merah, limau gedang dan tembikai. JAdikan sumber makanan yang kaya dengan lycopene sebagai salah satu snek dalam sajian makanan anda :)

  • CANTIK DENGAN MINUM SOYA

Sukakan soya atau tofu? Soya asli seperti soya non-gmo  membantu mengatasi penurunan hormon estrogen wanita kerana ia mempunyai khasiat isoflavon. Isoflavon inilah yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. 

Di samping itu, soya juga membantu meningkatkan ketegangan kulit melalui penghasilan kolagen. Semakin kita berumur, kulit akan melalui proses kekurangan kolagen hingga menyebabkan garis penuaan mulai muncul dan kulit mudah kendur seiring usia.

Siapa kata soya bahaya? Ambil dengan kuantiti yang sederhana, dan itulah cara yang paling baik untuk amalkan pengambilan soya.

  • AMBIL VITAMIN C

Vitamin C vitamin untuk kulit! Selalu kita dengar kalau nak cantik, ambillah makanan yang kaya dengan Vitamin C kan? Suntikan Vitamin C pun ada.. JAdi, apa kepentingan Vitamin C ni pada kulit kita? Vitamin C membantu melembapkan kulit dan menyingkirkan radikal bebas yang hadir daripada sinar UV.

Kulit kita ni memerlukan Vitamin C untuk untuk menghasilkan kolagen yang mampu mengurangkan kedutan. Bukan itu sahaja, ia juga sangat penting dalam menurunkan tekanan darah serta bagus juga untuk kesihatan mata kita.


Okayla. Mana satu yang korang pernah buat? Tapi, jangan lupa pakai sunblock setiap kali keluar rumah tau! Wajib tuuu..

You May Also Like

0 comments